Rokok Sludupan Bernilai RM 2.95 Juta Dirampas

Kuala Linggi – jurnalpolisi.id

17 may 2023 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menumpaskan cubaan seludup rokok di Tanjung Sepat, Selangor awal pagi isnin.

Hasil maklumat risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) berjaya mengesan satu kontek curiga di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) di syaki menuju ke Tanjung Sepat, Selangor pada jam lebih kurang 11.30 malam 14 Mei. Aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Murni/Op Tiris telah diatur gerak ke lokasi pengesanan sejurus menerima maklumat tersebut.

Sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, bot suspek telah cuba melarikan diri namun berjaya dipintas sehingga memaksa suspek bertindak memecut laju menuju ke kawasan bakau seterusnya berjaya meloloskan diri dalam hutan bakau. Keadaan cuaca yang gelap dan berlumpur menyukarkan pasukan operasi untuk mengesan suspek.

Bot pancung tanpa tekong dan awak-awak telah ditahan di kedudukan 0.07 batu nautika barat daya Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor pada jam lebih kurang 1.30 pagi. Pemeriksaan ke atas bot pancung tanpa nombor pendaftaran yang berwarna kelabu, menggunakan enam enjin 200 kuasa kuda jenama Yamaha dengan muatan disyaki rokok kretek.

Bot dan muatan seterusnya dirampas dan akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Jumlah keseluruhan kesemua rampasan termasuk bot, enam enjin, 4.27 juta batang rokok kretek pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih kurang RM3.15( Asmadi)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *