Op Tanjung, Cerobah Perairan Negara Bot Nelayan Indonesia diTahan

George town 28 Mac,  jurnalpolisi.id

Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan dua bot nelayan Indonesia pada jam 11.40 pagi dan 12.10 tengahari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia melakukan penahanan ke atas kedua-dua buah bot nelayan itu di kedudukan 45 dan 48 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan OP TANJUNG dan OP PERTIWI.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot pertama dikendalikan oleh empat kru manakala bot kedua lima kru kesemua mereka merupakan warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan antara 17 hingga 41 tahun.

Kedua-dua bot terbabit berpangkalan di Pantai Labu, Deli Serdang Sumatera Utara.

Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Kedua-dua bot dan kru serta peralatan menangkap ikan disita dan ditahan seterusnya dibawa di Jeti Limbongan Batu Maung sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.(Asmadi jpn)

.#WeTakeItSeriously #MaritimMalaysia #MaritimeNation #MalaysiaCoastGuard #MalaysiaMadani #KitaDemiNegara #KeluargaMalaysia Kementerian Dalam Negeri (KDN) #KDN_TogetherWeAreOne

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *