Cubaan Seludup Masuk 4,8 juta Batang Rokok Kretek Pelbagai Jenama Gagal
Kuala Linggi – jurnalpolisi.id
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan cubaan seludup sejumlah 4.8 juta batang rokok kretek. Atau sebanyak-banyak 200 sampai 300 karton yg di duga dari negara tetangga Indonesia pelbagai jenama salah satu ny djarum yg di duga di seludup dari pulau rupat kab bengkalis.
di perairan muara Tanjung Gabang, Selangor sempena Op Khas Pagar Laut di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, hasil risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) mendapati sebuah bot pancung dengan enam buah enjin 200 kuasa kuda bergerak dalam keadaan mencurigakan di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) ke Tanjung Gabang pada pukul 10.20 malam.
“Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, suspek dilaporkan bertindak memecut laju untuk meloloskan diri dan berlaku kejar-mengejar selama hampir 30 minit sehingga bot pancung berkenaan memasuki kawasan paya bakau.
Editor : Asmadi